Tentang Kami

Crew Of Jejak Uthmaniyyah

sejarahuthmaniyyah.com adalah salah satu media bagi Jejak Uthmaniyyah Tour & Consultancy untuk berkongsi :

  • Isu-isu semasa negara Republik Turki dan sekitarnya.
  • Kisah-kisah sejarah Daulah Uthmaniyyah (masyarakat – ekonomi – pemerintahan – politik dll).
  • Tokoh-tokoh utama di zaman Daulah Uthmaniyyah.
  • Pengalaman dan tip-tip untuk travel ke sekitar Turki dll.

Kesemuanya di atas, kami berusaha untuk mengaitkan dengan kehidupan semasa kita untuk diambil teladan dari sejarah orang-orang terdahulu yang pernah cemerlang, gemilang & terbilang sewaktu hayat mereka.

Begitu juga kesilapan, kesalahan & kejahatan yang pernah dilakukan di zaman mereka, patut kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kekhilafan mereka supaya kita tidak masuk ke lubang yang sama buat kali kedua.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah (berselawatlah kita) bersabda :

لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

“Tidaklah seorang mukmin tersengat bisa dari satu lubang (binatang berbisa),
sebanyak dua kali.”
[HR. Al-Bukhari dan Muslim ]


Shafiq Shafie
Head of Research & Development