Kedai Kopi & Daulah Uthmaniyyah

Jika sembang tentang kopi ni, pastinya kopi terkenal yang selalu kita kenali adalah dari Starbucks, Nescafe, Kopi Tongkat Ali (eh?!) dan berbagai lagi lah yang sering bermain-main di fikiran kita. Sehinggakan boleh terhasilnya lagu ‘Cerita di Kedai Kopi’ di Malaysia.

Tapi tahukah anda, bahawa perkembangan berkaitan kopi sudah lama wujud ketika era Daulah Uthmaniyyah lagi. Kopi di Uthmaniyyah pun ada kisahnya yang tersendiri.

Nak tahu apa yang berlaku?

Jom teruskan pembacaan kita.

Bermulanya dengan keinginan yang tinggi daripada kerajaan Uthmaniyyah untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di barat, maka terjalinlah hubungan yang semakin erat khususnya dengan negara Perancis.

Sehubungan itu, lawatan Mehmed Effendi ke ibu kota Perancis pada 1721, telah berjaya melahirkan satu atmosfera baru antara Perancis dan Daulah Uthmaniyyah yang menyebabkan hubungan diplomatik mereka begitu kuat.

Lawatan Mehmet Efendi di Kota Perancis pada 21 Mac 1721

Kehadiran delegasi Uthmaniyyah kali ini telah disambut dengan penuh hormat oleh Raja Perancis beserta barisan pentadbiran tertinggi mereka sehinggakan rakyat jelata juga memenuhi jalanan sewaktu ketibaan beliau di Paris.

Seringkali dilihat, jika Uthmaniyyah mempunyai hubungan dengan dunia Eropah, semestinya ia berkaitan politik, sains dan teknologi. Tetapi kali ini suatu poin yang agak menarik untuk diketengahkan.

Kopi

Jadi apakah kaitan Kopi dan kahvehane (kedai kopi) dengan negara-negara Eropah ?

Sebenarnya, inilah antara pengaruh budaya Uthmaniyyah yang telah merebak ke Eropah dan barat sehingga ke hari ini, tetapi telah dimomokkan kepada kita bahawa ianya adalah agenda barat semata.

Kahvehane ini mulanya tersebar luas di Levant, pusat perdagangan Marseilles pada tahun 1660-an. Pada tahun 1669, Suleyman Aga iaitu sebagai duta kerajaan Uthmaniyyah telah menjadi ‘contoh’ kepada adat meminum kopi di Paris. Kemudiannya, adat ini berubah menjadi fesyen atau stail/gaya golongan bangsawan. Seorang warga Armenia yang bernama Pascal adalah antara orang terawal membuka kedai kopi di Paris.

Jom kita lihat sejarah kopi dahulu sebelum kita melangkah lebih jauh …

Kopi yang asalnya di Ethiopia telah mula dibawa masuk ke Yaman. Lama kelamaan pengaruhnya semakin meluas dan selepas faedahnya diketahui umum ia mula diterima oleh masyarakat setempat. Malah adat minum kopi juga telah tersebar dalam kalangan ahli sufi dan seakan-akan perkara yang menjadi kemestian buat mereka.

Sekitar pertengahan kurun ke-15, pengaruh adat kopi ini telah mula tersebar ke negara Islam yang lain, bermula dari Hijaz dan Mesir.

Kemudiannya, jemaah haji dari Turki Uthmaniyyah telah mula membiasakan diri dengan kopi di Hijaz. Tetapi telah diharamkan penggunaan meminum kopi oleh ulama’ di Mekah pada tahun 1511 setelah ianya dikatakan sebagai minuman yang memabukkan dan memeningkan persis arak berdasarkan rekod pertama yang telah dinyatakan.

Selain kesan tersebut, manfaat dari aspek perubatannya telah diiktiraf dan ini telah menyebabkan kembalinya penyebaran kopi ini di dalam Uthmaniyyah dan juga Perancis. Gambaran kahvehane di dalam ‘miniature’ Turki sewaktu kurun ke-16 telah menunjukkan ia semakin popular.

Kedai-kedai kopi ini telah dijadikan lokasi pertemuan dan bermesyuarat bagi masyarakat Uthmaniyyah sehinggalah ia tersebar begitu cepat dalam Daulah Uthmaniyyah. Pada tahun 1670-an, 13 kahvehane telah dibangunkan di Kameniçe, iaitu sebuah bandar yang terletak antara jarak Poland dari Istanbul.

Sewaktu kurun ke-17 pula, sherbet (jus buah manis) dan kopi telah dihidangkan kepada duta-duta yang berziarah ke kawasan wilayah Uthmaniyyah. Kopi Yaman telah menjadi barang utama dalam perdagangan yang berpusat di Kaherah, Mesir kerana kualiti kopinya yang sangat bagus berbanding kopi Brazil yang dibeli oleh orang-orang Eropah.

Pada tahun 1640, kopi Brazil telah dinyatakan dalam senarai resit rasmi Uthmaniyyah. Walaubagaimanapun, kualiti dan harga kopi Yaman akan sentiasa lebih tinggi dan bagus. Di dalam kehidupan harian orang Turki Uthmaniyyah dulu, minum kopi selepas makan merupakan satu adat tetapi sekarang mereka lebih menyukai teh kerana adat ini telah diubah sewaktu zaman Ataturk (dan berbagai lagi faktor yang lain)  disebabkan agak mahal untuk mengimport kopi dari Yaman setelah kejatuhan Uthmaniyyah.

Tetapi kopi Turki masih wujud dan menjadi kegemaran di kalangan rakyat Turki sendiri kerana kepekatan dan keasliannya yang memang menyelerakan. Penangan kopi ni bukan biasa-biasa sebab;

We want to do a lot of stuff; we’re not in great shape. We didn’t get a good night’s sleep.

We’re a little depressed. Coffee solves all these problems in one delightful little cup.”

-Jerry Seinfeld-

Bagaimana Kedai-kedai Kopi Boleh Diharamkan

Untuk Beroperasi di Zaman Uthmaniyyah?

 

Menurut ahli sejarawan, Peçuyi, kopi tidak ‘wujud’ lagi di Istanbul apatah lagi kedai kopi di Rumelia sehingga datangnya tahun 1554.

Sepanjang tahun tersebut, 2 orang pemuda iaitu Hakem dari Aleppo dan Syam dari Damsyik telah datang melawat ke Istanbul dan setiap satu daripada mereka berniat untuk membuka kedai yang besar di daerah Tahtakale. Mereka memulakan impian mereka dengan mula menjual kopi secara kecil-kecilan sehinggalah ia semakin maju.

Daripada pembukaan kahvehane tersebut, lama kelamaan telah menjadi tempat untuk mereka berkumpul beramai-ramai, membaca buku, bermain chess dan mempersembahkan pelbagai syair daripada kalangan mereka sendiri.

Sehinggakan para pembesar dan orang-orang ternama juga sama-sama ke kahvehane. Tetapi, bila sesuatu perkara tiada sifat kesederhanaan maka telah timbul suatu isu besar iaitu ;

Para imam, muazin dan ahli sufi serta orang awam telah menjadi begitu ketagih terhadap kedai-kedai kopi ini. Kehadiran mereka ke masjid telah berkurangan secara mendadak sehingga dikatakan tiada yang ke masjid lagi.

Sehubungan itu, para ulama telah berpendapat (ketika itu) :

Ianya merupakan rumah kejahatan (kahvehane), lebih baik pergi ke bar atau pub dari menuju ke tempat itu.

Maka fatwa haram telah dikeluarkan kerana mereka terlalu asyik terhadap kopi & kahvehane hingga meninggalkan perkara-perkara yang fardu. Kedai-kedai kopi ini juga telah diharamkan oleh Sultan Murad III (1574 – 1595). Walaubagaimanapun, kahvehane masih wujud di lorong-lorong gelap dan di belakang kedai-kedai makan dll.

Setelah beberapa waktu, kahvehane yang dikatakan rumah kejahatan ini telah kembali popular bahkan tidak boleh dipaksa tutup. Para pendakwah dan mufti telah memberikan pandangan mereka bahawa jika perkara ini tidak mendatangkan mudarat serta melalaikan, ia dibenarkan dalam Islam. Kini, semua golongan termasuk juga para alim ulama dan menteri turut sama merasai keenakan kopi.

Yang menariknya, Sadrazam Uthmaniyyah atau Perdana Menteri telah membangunkan premis-premis kedai kopi untuk meraih keuntungan. Daripada itu mereka mula menerima 2 syiling emas di setiap hari bagi setiap kos sewa yang dikenakan.

Di samping itu, warga Yunani dan Armenia yang telah lama tinggal di bawah naungan Uthmaniyyah dan kini menetap di Perancis, telah memberikan tunjuk ajar kepada penduduk Perancis tentang bagaimana teknik untuk membuat kopi Uthmaniyyah dan adat-adat yang terdapat di dalam kahvehane di sana. Lama-kelamaan, kahvehane telah mendapat tempat di hati masyarakat & menjadi sebahagian daripada kehidupan di bandar-bandar Eropah pada kurun ke-18.

Konklusinya…

Daulah Uthmaniyyah bukan sahaja meninggalkan kesan yang luar biasa dalam bidang politik dan ekonomi, tetapi pengaruh mereka di dalam memperkenalkan budaya juga sangat ‘power’.

Sebagaimana yang diketahui, kita juga mempunyai budaya tersendiri yang kita patut banggakan dan ketengahkan kepada masyarakat luar.

Budaya itulah identiti kita, perbezaan yang wujud itu bukan untuk berpecah belah, tetapi untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman. Kerana Allah telah berfirman:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,

dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,

supaya kamu berkenal-kenalan.”

(Al-Hujurat 49:13)

Rujukan:

  • Tarih-i Peçuyi, 1980.
  • Ottoman Civilization, 2003, Prof. Halil Inalcik.

Penulis : Muhammad Hazim

Editor : Shafiq Shafie

Anda nak tahu lebih banyak lagi info dan tip travel di Turki
khususnya di Istanbul, Bursa, Pamukkale, Cappadocia?

Buku siri’I’M A BACKPACKER: TURKEY‘ terbitan Puteh Press yang telah pun terbit pada 25 September 2017. Dan telah dijual di kedai-kedai buku berdekatan seperti MPH, Populer, Kinokuniya dan banyak lagi

Buku setebal 248 mukasurat dan semurah RM25 senaskah bukanlah buku tentang travelog tetapi TRAVEL GUIDE versi bahasa Melayu lengkap yang merangkumi ISTANBUL & BURSA dan bonus untuk di PAMUKKALE dan CAPPADOCIA.

Mahu Buku Dihantar Terus ke Rumah Anda?

Klik LINK ini untuk pembelian sekarang.

Follow kami di Facebook (Jejak Uthmaniyyah Page) dan Instagram (jejakuthmaniyyah_ig) untuk update dan info terkini.

Jom bersama Jejak Uthmaniyyah mengembara ke Turki menikmati keindahan 4 musim
sambil berkongsi mengenai sejarah Islam  khususnya Daulah Uthmaniyyah
yang telah bertahan hampir 600 tahun 
di setiap tempat yang kita akan jelajahi.

Klik Gambar Di Atas

What is your opinion ?

comments

Apa pandangan anda ?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.