Memahami isu Kurdi di Turki: Dari zaman Uthmaniyyah hinggalah ke Turki moden (Bahgian 1)

Presiden Erdogan ketika diwawancara oleh stesen TV. Peta digambar menunujukkan kawasan operasi Operation Peace Spring

       Ketika artikel ini ditulis, kerajaan Turki yang dipimpin oleh Presiden Erdogan sedang melancarkan operasi ketenteraan Operation Peace Spring di timur laut Syria. Presiden Erdogan dengan jelas mengatakan bahawa operasi itu dilaksanakan untuk mewujudkan zon selamat sepanjang sempadan Syria-Turki yang sentiasa terdedah dengan ancaman pengganas. Sama ada dari pihak ISIS ataupun penggans kurdi. Antara yang menjadi perhatian dalam isu ini ialah Turki yang ingin menghapuskan ancaman daripada YPG (kumpulan pemisah Kurdi di Syria) yang mempunyai kaitan dengan PKK (kumpulan pemisah Kurdi di Turki).

       Sepanjang sejarah Turki moden, konflik diantara puak pemisah kurdi dan kerajaan Turki sentiasa menjadi isu utama yang diketengahkan oleh pihak kerajaan. Sehingga hari ini, sebanyak 40000 nyawa telah terkorban semenjak konflik Kurdi-Turki ini berlaku. Pelbagai usaha yang dilakukan namun kebanyakkan daripada usaha ini menemui kegagalan. Hubungan Turki-Kurdi tidaklah sekeruh yang digambarkan oleh pihak media. Banyak daripada orang kurdi sendiri yang menentang keras pendekatan puak pengganas pemisah PKK dalam menangani isu Kurdi ini. Bagi mereka, mangsa utama akibat dari konflik ini ialah mereka yang tidak terlibat secara langsung seperti kanak-kanak, wanita dan orang tua yang hanya inginkan kehidupan yang aman daripada konflik.

Hubungan Kurdi-Turki di era Uthmaniyyah

       Kurdi merupakan etnik yang merupakan penduduk asal di timur tengah. Sebahgian besar mereka menetap di asia minor, kawasan pergunungan di Iraq dan Iran. Ketika Uthmaniyyah meluaskan empayar ke bahgian timur, Kurdi merupakan etnik yang mudah untuk berasimilasi kerana pengaruh sunni islam yang dibawa oleh kerajaan Uthmaniyyah pada waktu itu. Berbeza dengan pengaruh syiah yang dibawa oleh Safawiyyah yang juga berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka dalam kalangan orang kurdi.

     Sistem millet yang digunakan oleh empayar Uthmnaiyyah pada waktu itu meletakkan umat islam sebagai satu kelompok yang bersatu tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Hal ini meletakkan kurdi setaraf dengan Turki walaupun mereka tidak mempunyai kelebihan dari sudut pentadbiran dan ekonomi seperti yang dinikmati oleh orang Turki. Sistem pemerintahan Uthmaniyyah yang bersifat decentralized memberikan ruang untuk etnik Kurdi hidup dibawah pemerintahan gabenor mereka sendiri disamping mengekalkan budaya dan cara kehidupan mereka yang tersendiri.

     Hubungan Turki-Kurdi menjadi renggang pada awal abad ke-19 apabila kerajaan Turki Uthmaniyyah berhadapan dengan ancaman kerajaan eropah. Perkembangan nasionalisma di eropah telah menyebabkan Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayah jajahan khsusunya di Balkan. Banyak negara baru yang muncul seperti Greece, Bulgaria yang berkonsepkan kerakyatan sebuah bangsa.

Askar Kurdi dibawah pemerintahan Uthmaniyyah

Kurdistan : Dari sebuah wilayah Uthmaniyyah kepada idea sebuah Negara baru

     Ketika Uthmaniyyah berada dihujung usia, banyak percubaan yang dilakukan untuk membaik pulih sistem kenegaraan pada waktu itu. Antaranya ialah dengan mengenalkan sistem Tanzimat pada tahun 1870 menggantikan sistem millet. Melalui sistem ini, semua rakyat dikira setaraf tidak kisah apa pun agama dan bangsa mereka. Hal ini dilakukan demi menyekat semangat nasionalisma yang kian merebak dalam kalangan bangsa selain Turki didalam kerajaan Uthmaniyyah. Namun semangat Ottomanism  ini tidak disambut baik oleh semua orang.

      Di wilayah Kurdistan, pembesar-pembesar disana tidak menyambut baik perubahan ini. Bagi mereka sistem tanzimat akan melenyapkan pengaruh dan sumber pendapatan mereka melalui cukai. Segala urusan pentadbiran kini terletak secara langsung di pusat iaitu Istanbul. Antara penentang kuat sistem ini ialah Bedirhan Bey daripada wilayah Botan. Dia beranggapan dengan adanya sistem tanzimat ini akan menghapuskan budaya masyarakat kurdi. Pada tahun 1847, Bedirhan bey melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan pusat di Istanbul dan gagal. Beliau di buang negeri ke kepulauan Crete. Namun pemberontakan Bedirhan ternyata menjadi benih yang menyemai semangat nasionalisma masyrakat kurdi untuk akan datang.

    Pada era pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, perlembagaan pertama Uthmaniyyah telah dirangka dan menggantikan sistem tanzimat yang dilihat agak kurang efektif. Namun era perlembagaan ini tidak lama dan dimansuhkan oleh Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1878. Sultan Abdul Hamid II merupakan sultan yang agak kontroversi kerana sifat authoritarian beliau. Namun beliau juga merupakan sultan yang banyak melakukan perubahan seperti pelaburan dari luar, usahawan-usahawan baru yang dihasilkan serta urusan birokrasi yang cekap. Di era beliau, golongan kelas pertengahan membangun dengan pesat hasil aktiviti ekonomi yang dijalankan. Polisi Sultan Abdul Hamid II yang agak authoritarian menyebabkan sebahgian bangsa kurdi tidak puas hati.

     Antara tokoh yang terkenal dalam usaha menentang pentadbiran Uthmaniyyah ialah Syeikh Ubaydallah, seorang tokoh agama kurdi yang berpengaruh pada waktu itu. Syeikh Ubaydallah bercita-cita untuk mewujudkan sebuah negara merdeka untuk bangsa Kurdi di wilayah Kurdistan. Walaupun Syeikh Ubaydallah mempunyai pengaruh yang besar, gerakan pemberontakan beliau tidak berjaya menarik sebahgian bangsa Kurdi untuk menyertai beliau. Hal ini kerana Sultan Abdul Hamid ii memainkan peranan penting dalam menstabilkan empayar. Sultan Abdul Hamid ii menjadikan polisi Islamism sebagai salah satu tunjang pemerintahan beliau. Pada dia, kawasan jajahan yang bermajoriti beragama islam sukar untuk dipegang lagi akibat daripada gelombang nasionalisma ini. Dengan meletakkan islam dan khalifah sebagai penaung kepada semua muslim dapat menyatukan muslim yang daripada pelanbagai bangsa ini.

       Seruan penyatuan diatas nama islam ini disambut baik oleh semua masyarakat khususnya masyarakat kurdi. Sultan Abdul Hamid II telah melakukan beberapa perubahan untuk memastikan gagasan yang dibawa oleh beliau tercapai. Antara perkara yang dilakukan oleh beliau ialah melonggarkan polisi pemusatan kuasa dengan memberi ruang kepada pemerintahan di wilayah Kurdistan oleh masyarakat tempatan, menubuhkan regimen tentera khsusus untuk bangsa kurdi, dan memepruntukkan dana untuk membangunkan kawasan itu. Polisi itu ternyata berkesan dalam melawan arus nasionalisma yang kian membara. Di era pemerintahan Abdul Hamid II, bangsa kurdi masih lagi setia kepada khalifah yang pada mereka merupakan penaung untuk semua umat islam.

Peranan Young Turk dan Kemalism dalam memecah belahkan kesatuan umat

Gambaran akhbar mengenai revolusi Young Turk

      Young Turk atau dikenali sebagai Jonturk didalam bahasa turki merupakan sebuah gerakan sulit yang menentang pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Kebanyakan daripada ahli mereka merupakan graduan daripada akademi tentera. Gerakan Young Turk ini bercita-cita untuk memodenkan kerajaan Uthmaniyyah dengan berpandukan konsep moden oleh Perancis. Kebanyakkan ahli Young Turk ini mengagumi ideology nasionalisma. Tokoh seperti Ziya Gokalp dan Yusuf Akcura memainkan peranan besar dalam menyumbang pembentukan idea nasionalisma untuk bangsa Turki.

    Pada tahun 1909, Gerakan Young Turk ini berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II dan mengembalikan sistem perlembagaan yang dimasnuhkan. Sultan Abdul Hamid II dibuang negeri ke Salonica dan digantikan dengan Mehmed V. ketika ini sultan tidak lagi mempunyai kuasa yang penuh didalam pentadbiran. Ahli-ahli gerakan Young Turk ini memainkan peranan penting dalam pentadbiran.

bersambung….

What is your opinion ?

comments

Apa pandangan anda ?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.