Yahudi di dalam Daulah Uthmaniyyah

Kerajaan Uthmaniyyah merupakan kerajaan majmuk yang merangkumi pelbagai kaum dan bangsa. Dari arab dan kurdi disebelah timur sehinggalah bangsa greek dan slav di sebelah barat bersempadan dengan Vienna. Kepelbagaian ini adalah satu kekuatan buat kerajaan Uthmaniyyah yang mana setiap suku dan bangsa mempunyai peranan tersendiri dalam membangunkan empayar ini yang bertahan selama 600 tahun.

Antara minoriti yang terbanyak didalam kerajaan Uthmaniyyah ialah yahudi. Terdapat beberapa jenis yahudi yang pernah menetap disekitar kawasan jajahan Uthmaniyyah. Setiap dari mereka mempunyai tersejarah tersendiri. Ada sebahgian daripada yahudi merupakan penduduk asal dan menjadi subjek kepada Uthmaniyyah setelah pemerintah dari kawasan mereka dijatuhkan oleh Uthmaniyyah. Ada pula yang lari dari penindasan pemerintah dan mendapat pelindungan dibawah pemerintahan Uthmaniyyah

Synagogue Istanbouli di Jerusalem, 1836

Penempatan yahudi

Penempatan yahudi di kerajaan Uthmaniyyah tidak tertumpu pada satu tempat sahaja. Penempatan pertama yang tercatat dalam sejarah ialah di Bursa ketika kota itu ditawan oleh Uthmaniyyah pada 1326. Sebahgian kecil yahudi yang duduk disitu menerima Uthmaniyyah dengan rela hati sebagai pemerintah mereka.

Selepas pembukaan kota Constantinople, Sultan Mehmed II melihat kota itu hancur teruk dan memerlukan pembinaan semula dari segi fizikal dan sosial. Dia mengeluarkan dekri mengarahkan untuk semua subjeknya dalam kalangan muslim, yahudi dan kristian untuk berhijrah dan membangunkan semula kota Constantinople. Ramai yahudi yang berhijrah ke Constantinople dan kebanyakan yang berhijrah ialah yahudi Romaniote yang datang dari timur eropah. Dalam beberapa bulan, penduduk yahudi merupakan minoriti terbesar di Istanbul dengan jumlah 10 % daripada keseluruhan populasi.

Di hujung abad ke-15, kerajaan Uthmaniyyah sekali lagi menyaksikan peghijrahan yahudi beramai-ramai dengan kemasukkan yahudi Sephardi dari semenanjung Iberia yang melarikan diri daripada penindasan kerajaan Sepanyol. Kebanyakkan dari mereka berhijrah dan menetap di bandar seperti Sarajevo, Adrianapole, Istanbul dan Salonika. Salonika menjadi bandar yang penting untuk yahudi kerana dalam masa beberapa abad, Salonika menjadi pusat kebudayaan dan ekonomi masyarakat yahudi.

gambaran pelukis mengenai ketibaan yahudi dari Sepanyol disambut oleh Sultan Bayezid II

Mengapa Uthmaniyyah?

Jadi mengapa memilih untuk berhijrah ke tanah jajahan Uthmaniyyah? Seperti yang tertulis diatas, kebanyakkan mereka melarikan diri daripada penindasan yang berlaku dikawasan lama mereka. Malah mereka melihat penghijrahan ke dalam empayar Uthmaniyyah merupakan peluang untuk mereka meningkatkan taraf socio-ekonomi mereka. Ketika itu, yahudi yang berada dibawah pemerintahan kristian berada dikedudukan yang amat teruk. Mereka tidak diberikan kebebasan untuk berdagang dan beribadah, dikenakan cukai yang tinggi dan sering kali menjadi kambing hitam sekiranya ada apa-apa musibah yang menimpa masyarakat lain.

Antara kisah penghijrahan terbesar yahudi yang tercatat dalam sejarah ialah penghijrahan yahudi Sephardi dari Sepanyol Ke Uthmaniyyah. Pada 1492, Raja Ferdinand dan Ratu Isabella mengeluarkan Alhambra Decree yang mengarahkan pengusiran secara besar-besaran masyarakat yahudi dari semenanjung Iberia.

Apabila berita pengusiran ini sampai ke telinga Sultan Bayezid II, dia menemplak tindakan Ferdinand dan Isabella. Beliau menghantar Kemal Reis untuk memimpin armada laut mengambil sendiri orang-orang yahudi yang dibuang. Beliau juga megarahkan setiap gabenor dibawah jajahan Uthmaniyyah untuk menyambut mereka dengan baik dan melayan mereka sebagai tetamu.

Sumbangan masyarakat yahudi

Walaupun masyarakat yahudi hidup aman damai dibawah pemerintahan Uthmaniyyah, mereka tidaklah diberi status yang sama seperti masyarakat turki dan islam yang lain. Yang pastinya, hidup mereka lebih baik dan diberi kebebasan untuk menjalankan aktiviti harian mereka tanpa tekanan.

Yahudi memainkan peranan yang besar dalam membangunkan Uthmaniyyah. Mereka turut menyumbang dari segi tenaga, idea-idea inovatif dan kepakaran ke dalam masyarakat. Kebanyakkan daripada mereka menyumbang dalam kewangan dan ekonomi. Tokoh-tokoh yahudi yang terkenal seperti Joseph Nasi, seorang diplomat yang menjadi gabenor Uthmaniyyah di Pulau Naxos, Moses Capsali yang menjadi ketua rabbi dan juga hakim sivil di mahkamah Uthmaniyyah, Hakim Yakup Pasha yang menjadi Menteri kewangan dizaman Mehmed II dan ramai lagi.

Yahudi juga merupakan peneraju awal bidang percetakan apabila mereka membawa masuk mesin cetak pada 1493, memudahkan urusan cetakan buku dan teks. Disebabkan mereka mempunyai minat dengan dagangan, kelebihan mereka ini juga digunakan sebagai risikan oleh kerajaan Uthmaniyyah apabila mereka pergi berdagang di eropah. Mereka ditugaskan untuk mengambil maklumat tentang kekuatan musuh dan keadaan semasa mereka.

Kemerosotan hubungan diantara yahudi dan Uthmaniyyah

Pada abad ke-18 dan 19 masihi, pengaruh yahudi didalam kerajaan Uthmaniyyah makin berkurangan. Kehilangan pengaruh yang paling jelas ialah disudut perdagangan apabila masyarakat Greek secara perlahan-lahan mengambil peranan mereka. Hal ini kerana masyarakat Greek berada di kedudukan stratejik seperti di pelabuhan dan mempunyai diaspora yang besar di eropah. Sentimen keagamaan juga memainkan peranan besar kerana majoriti masyarakat Greek beragama kristian dan mudah untuk mereka berurusan dengan pasaran eropah yang didominasi oleh kristian.

Di abad ke 19, kebangkitan semangat nasionalisma di seluruh dunia menyebabkan kerajaan Uthmaniyyah kehilangan banyak kawasan jajahan. Di balkan, negara baru seperti Greece dan Bulgaria mengisytiharkan kemerdekaan mereka daripada Uthmaniyyah. Semangat nasionalisma ini juga terbit pada bangsa arab dan yahudi. Hal ini menyebabkan terjadinya pertelagahan antara mereka. Terdapat beberapa pembunuhan yang berlaku ketika itu, antaranya di Fezin dan Marrakech pada tahun 1864, di Baghdad pada tahun 1828 dan banyak lagi.

Gerakan nasionalisma ini juga mendorong tertubuhnya gerakan Zionism oleh Theodor Herzl. Di hujung hayat kerajaan Uthmnaiyyah, gerakan zionism ini mendapat pengaruh yang banyak dalam kalangan yahudi. Lebih-lebih lagi melalui usaha mereka yang ingin menjadikan kawasan Palestine (ketika itu dibawah British Mandate) sebagai negara abadi bangsa mereka.

Penghijrahan beramai-ramai yahudi ke Palestine

Yahudi di Turki kini

Walaupun kini bangsa yahudi mempunyai negara mereka sendiri yang didirkan secara haram, masih terdapat lagi masyarakat yahudi yang hidup di Turki. Khususnya di Istanbul. Terdapat 15000 – 21000 yahudi yang kini menjadi rakyat turki dan 26 synagogue yang aktif di Istanbul. Pada 2015, Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan sendiri menyaksikan perayaan Hanukah yang julung kalinya diadakan seceara terbuka. Walaupun yahudi di Turki tidak ramai seperti ketika zaman Uthmaniyyah, mereka masih lagi menikmati kebebasan mengamalkan kepercayaan mereka seperti mana nenek moyang mereka beratus tahun dahulu.

What is your opinion ?

comments

Apa pandangan anda ?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.