Hakikat Sebuah Perkahwinan Di Turki

Dua tiga hari lepas, saudara Muhamad Nur Thaqib Shaker sudah mengeluarkan artikel mengenai perkahwinan antara lelaki Malaysia dan wanita Turki, bertajuk ‘Ini Syaratnya Berkahwin Gadis Turki‘ melalui media Sinar Harian.

Memang bagus artikelnya yang mana beliau cuba memperkenalkan dan mengenengahkan budaya pernikahan dengan masyarakat selain warganegara Malaysia khususnya masyarakat Turki.

Tetapi…

Bila saya baca di ruangan comment di post FB tersebut, ada juga segelintir rakyat Malaysia yang mengatakan saudara Said Imaddudeen itu seperti anak tanggang kerana meninggalkan ibu bapanyalah, tidak mahu menyara keluarga di Malaysialah dan ada banyak lagi comment yang ditulis seakan-akan begitu mengenali background saudara Said Imaddudeen dan keluarganya.

Memang pelik, tapi itulah hakikatnya.

 

Bukan setakat tu je, ada pula MEDIA yang suka buat gosip-gosip sensasi ni kempunan nak dapatkan trafik yang lebih banyak ke website mereka dengan menulis tajuk dan isi kandungannya sangat berbeza apa yang cuba disampaikan daripada artikel asalnya(MISLEADING)

Ditambah lagi, sebilangan rakyat Malaysia hanya baca tajuk sahaja pun, dah mula buat pelbagai persepsi yang kurang enak didengar.

Semuanya berpunca daripada media/kaki gosip/kaki viral dll yang memang TIDAK BERETIKA dalam menyampaikan berita yang SAHIH.

Ceritanya Belum Habis Lagi… 

Daripada artikel saudara Thaqib Shaker sebelum ini, kebanyakan kita sudah pun tahu tentang kisah bibit-bibit percintaan antara jejaka Malaysia & gadis Turki secara umum.

 

Tetapi ramai yang tidak tahu liku-liku perjuangan disebalik kisah cinta antara dua benua ni.

Sebagai seorang junior bermula dari sekolah rendah lagi dan menjadi sahabat karib semasa di Turki kepada saudara Said, penulis rasa ingin kongsi tentang,

 

Bagaimana C.E.O. kami, Said Imaddudeen di Jejak Uthmaniyyah Tour & Consultancy menambat hati Ayşe (Ai-she) seorang gadis Turki tinggi lampai ?

Kali pertama, Said berkawan dengan saudara-saudara dari Turki adalah semasa dia belajar di Syria dan merasa senang untuk bersahabat dengan rakan-rakan dari Turki berbanding dengan rakan-rakan dari negara lain.

Minatnya mula bertambah apabila saudara Said Imaddudeen mula terlibat dengan GPTD pada zaman matrikulasinya di U.I.A.P.J. (Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya)

Dia dan rakan sekumpulanya telah diberi tugasan untuk mengkaji tentang Sultan Muhammad Al-Fatih. Kajian demi kajian yang dibuat membawa kepada penemuan yang sangat menarik berkenaan hubungan diantara Kerajaan Uthmaniyyah di Turki dan Kerajaan Melayu di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu.

Bukan setakat itu sahaja, kehebatan dan kemajuan yang dikecapi Kerajaan Uthmaniyyah yang meliputi pelbagai bidang juga membuatkan Said kagum dengan Sejarah dan Kebudayaan Uthmaniyyah.

Minat ini membuatkan dia bermusafir ke Turki selepas tamat pengajian di UIA Kuantan pada tahun 2012 untuk mencuba nasib berbekalkan keberanian, pengalaman berniaga dan wang saku yang cukup-cukup sahaja pada penghujung tahun 2012.

 

“Perjalanan untuk berkenalan sehingga dapat menikahi Ayşe (Ai-she)
bukanlah suatu perjalanan mudah.”
-Said Imaddudeen- 

 

Sebelum beliau  bertemu dengan Ayşe pada tahun 2015, saudara Said pernah dikenalkan dengan beberapa orang gadis Turki yang lain namun atas ketidakserasian ia tidak diteruskan.

Mengikut Said, masyarakat Turki pada umumnya tidak ada masalah dari segi menerima menantu dari kalangan bangsa asing, tidak ada diskriminasi yang ditunjukkan.

Ia mungkin kerana mereka adalah bangsa yang sudah lama memerintah dengan ‘soft-power’ dan mengamalkan perkahwinan berlainan bangsa dalam kalangan para Sultan.

Tidak ada diskriminasi terhadap mana-mana bangsa walaupun dari dunia ke-3. Ramai sahaja yang berkahwinan dengan bangsa Afrika, Nusantara, Rusia, Arab India dll di Turki ni.

 

Dalam Sejarah Tanah Melayu, dikatakan ada 2 kali wanita terhormat dari Istana telah dihantar ke Tanah Melayu untuk berkahwin dengan Sultan di Tanah Melayu.

Yang pertama, pada zaman Sultan Muhammad Al-Fatih (sekitar tahun 1400-1500) dan yang kedua pada zaman Sultan Abdul Majid (Sekitar tahun 1800-1900). Jadi tidak pelik untuk dikatakan, bangsa Turki-Melayu ada keserasian-keserasian tertentu yang membuatkan rasa senang untuk berurusan antara 2 bangsa ini. Nak tahu lebih lanjut, nantikan artikel selanjutnya insya-Allah 🙂 .

 

Sifat-sifat Wanita Turki

Mendengar dan melihat sendiri daripada pengalaman Said, wanita Turki [kebanyakannya] mempunyai karekter yang dominan, mereka akan menunjukkan rasa cinta, rasa cemburu secara terbuka. Tak de dah berlapik-lapik macam kita. Huhuhu.

Bagi yang sedang bercinta dengan gadis Turki, jangan sesekali ‘add’ wanita lain dalam facebook, Instagram atau mana-mana aplikasi media sosial anda, kerana anda hanya mencari nahas kalau berbuat begitu. Hahaha.

Jika anda lihat di facebook dan Instagram, jarang sekali gadis-gadis Turki kebanyakannya [bukan semua] membuatkan profile mereka bebas (public) untuk dilihat atau di ‘stalk’ orang awam dan rata-ratanya adalah ‘private’ yang mana untuk kenalan terdekat.

Gadis Turki juga akan mempersoal tindakan-tindakan anda yang mereka rasakan tidak bersesuaian dengan keadaan atau logik mereka.

Pastikan anda pandai berhujah dan mampu bersabar apabila di ‘soal-siasat’. Hahaha.

 

Sepertimana gadis-gadis di Malaysia, kebanyakan gadis di Turki juga sangat mementingkan penampilan, baju, tudung dan seluar semuanya akan digosok (iron) sebelum keluar dari rumah. Kebersihan rumah adalah antara perkara paling penting bagi mereka.

Mengemas rumah adalah aktiviti harian yang perlu dilakukan. Mengelap lantai menggunakan tangan adalah perkara biasa.

Jadi kalau anda takut untuk bernikah dengan gadis Turki kerana mereka tidak mungkin boleh membuat kerja-kerja rumah seperti ibu-ibu kita, tak usahlah bimbang sebabnya mereka sanggup melakukan ‘extra effort‘ untuk kebersihan rumah.

 

Cukuplah untuk tips dan gambaran bagaimana menambat hati gadis di Turki.

Namun, selepas menambat hati mereka, prosesnya untuk berkahwin ringkas namun tidak semudah yang kita fikirkan.

Jika budaya di Malaysia, kebanyakan pihak lelaki perlu bertandang dan berjumpa dengan ibu bapa dengan pihak perempuan untuk berkenalan dengan mereka dahulu (ta’aruf) dan seterusnya proses meminang dan seterusnya bernikah dll.

Di Turki juga lebih kurang juga, ada tata-tertib mereka tersendiri seperti proses Söz (Janji), Nişan (Bertunang) dan Nikah (Nikah).

 

Disini, masyarakat Turki juga mengamalkan majlis-majlis tertentu seperti :

  1. majlis untuk Nişan yang dihadiri keluarga rapat sahaja,
  2. Kına Gecesi (Malam Berinai) yang dihadiri oleh kaum perempuan sahaja,
  3. Nikah Meclisi (Majlis Akad Nikah Syar’i & Sivil),
  4. Düğün (Majlis Resepsi).

 

Perbelanjaan majlis-majlis ini selalunya akan ditanggung oleh ibu-bapa pengantin. Jemputan ke majlis-majlis ini adalah terhad kepada individu-individu yang dijemput sahaja (STRICTLY) yang selalunya tidak lebih 100-150 orang dalam satu majlis.

Dalam majlis-majlis yang disebut, hanya Dügün sahaja tetamu akan dijamu dengan makanan berat. Untuk majlis lain selalunya tetamu akan dijamu dengan air jus dan kekacang atau kuih-muih.

 

Persiapan Sebelum Pernikahan Dengan Gadis Turki

Namun sebelum perkahwinan pengantin lelaki perlu mempersiapkan rumah dengan perkakas-perkakas lengkap, kerana masyarakat Turki adalah bangsa yang ‘proper‘ dimana mereka mahu semuanya tersedia dahulu.

Hantaran-hantaran selalunya adalah berupa perkakas-perkakas rumah, pakaian-pakaian dalam para pengantin baru untuk berhias, pinggan mangkuk, alat-alatan dan barang dapur dan bilik tidur. Semuanya mesti lengkap. Noktah.

 

Selain itu, antara yang disyaratkan oleh keluarga Turki kepada pengantin asing mereka  kebanyakannya adalah anda perlu bermastautin di Turki. (bergantung pada budi bicara keluarga masing-masing)

Ini kerana hubungan kekeluargaan mereka yang amat rapat antara satu sama lain dalam kalangan adik beradik.

Jadi, agak sukar untuk ibu bapa berjauhan dengan anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin. Dalam sebulan itu pastinya akan adalah perjumpaan dengan keluarga bersama samada 2 atau 3 kali.

 

Berkenaan mahar pula, selalunya maharnya adalah sekitar 5-6 gelang emas seberat 20-30gram/gelang. Jadi, siapa kata murah ? Huhuhu.

Namun ada sahaja keluarga yang tidak menetapkan syarat khas untuk pengantin lelaki.

Semuanya bergantung kepada penerimaan keluarga perempuan kepada keluarga lelaki.

Jika baik akhlak anda dan pandai menawan hati keluarga mertua, anda mungkin juga bernasib baik seperti saudara Said.

Paling penting sekali selepas menambat hati gadis Turki, anda perlu berusaha keras menambat hati ibu dan ayah mertua dengan segala cara yang mampu anda lakukan.

Semoga Berjaya Guys!

Shafiq Shafie
Research & Development Jejak Uthmaniyyah

Jom bersama Jejak Uthamaniyyah mengembara ke Turki menikmati keindahan 4 musim sambil berkongsi mengenai sejarah Islam  khususnya Daulah Uthmaniyyah yang telah bertahan hampir 600 tahun di setiap tempat yang kita akan jelajahi.

Klik Di Sini Atau Gambar Di Atas Untuk Info Lanjut

What is your opinion ?

comments

Apa pandangan anda ?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.